zwani.com myspace graphic comments

Solat




Berkumandang suara azan
Tanda waktunya telah menjelang
Segeralah tunaikannya
Tinggalkan urusan dunia

5 waktu Tuhan menyeru
Membesarkannya tanpa seteru
Syaitan dan hawa nafsu
Tundukkanlah tanda kita patuh

Adab ketika menghadapnya
Sucikan diri zahir dan batin
Menghadap ke kiblat pasangkan niat
Khusukkan diri ketika solat

Dimulakan dengan takbir
Diakhiri dengan salam
Rukun fi’li dan qauli
Hendaklah difaham

Rukuk dan sujud
Disetiap rakaat
Jangan cuaikan
Walau sesaat

Ayuh teman solat berjemaah
Aturkan langkah usah terleka
Imarahkan rumah Allah
Sunnah Rasulullah wajib dijaga

Disini lahirnya kesatuan
Dalam solat fardhu pimpinan
27 diganda pahala
Utuh padu ummahkan bersatu

Uuuuh… Uuuuh… Uuuh… Uuuuh… Uuuuh…Uuuuh… Uuuuh… Uuuuh…
Uuuuh...Uuuuh…Uuuuh…Uuuuhh… 2x

Dimulakan dengan takbir
Diakhiri dengan salam
Rukun fi’li dan qauli
Hendaklah difaham

Rukuk dan sujud
Disetiap rakaat
Jangan cuaikan
Walau sesaat




Lagu : Solat
Munsyid : Murabbi Buskers


No comments:

Post a Comment